Dari pengalaman aku tentang kelahiran anak arnab

MakTimah telah beranak 4 ekor petang Sabtu baru-baru ni di dalam kotak kayu yang aku bina hasil belajar daripada blog Arnab Kuit Comel. Memang bagus rekaan kotak kayu ni, cuba di bahagian bawah perlu sikit ubahsuai mengikut keadaan sangkar/rebah. Aku pantau anak arnab selepas 24 jam kelahiran, mana tahu MakTimah tak pandai menyusukan anak2 dia. "Jangan yakin sangat siibu tu pandai susukan anaknya". Daripada 4 ekor, 1 ekor nampak kecil daripada yg lain. Perut pun kempis. Akhirnya, terpaksa aku manual feeding semalam.
Aku monitor semula petang tadi lepas balik sekolah. Alhamdulillah, semua kembung belaka dan nampak perut memutih, tanda kekenyangan. Biasanya, ikut pengalaman aku minggu pertama kelahiran adalah masa yang kritikal. Kematian anak arnab biasa terjadi, lebih2 lagi jita tidak dipantau selepas 1-2 hari kelahiran. Masuk minggu kedua dan ketiga kadar kematian biasanya menurun dan biasanya anak2 arnab membesar dgn sihat.
Bulu-bulu pun dah tumbuh dan dah nampak warna anak2anak arnab. 2 ekor ikut ibu dia, 2 ekor lagi ikut siAbah. Pic aku upload esok la, tak sempat nak ukur tadi.
Si ibu aku tambahkan sikit makanannya selain palet Bengy dan alfalfa aku beri juga seketul keledek setiap hari untuk tambah susu sebab semalam masa manual feeding aku nampak sikit sgt susu yang ada. OK esok aku cerita lagi pasal anak dan si ibu. Mungkin esok MakNing pun akan beranak sebab dah seminggu galak buat sarang.

0 comments: