Dukan Diet: Hampir 2 bulan + seminggu aku berdiet.

Aku nak cerita sikit program diet yang aku rasa paling berjaya dan tidak perlu aku berlapar. Ia bermula daripada cerita dalam newspaper pasal JLo amal Dukan Diet. Aku terus geledah info dalam internet memandangkan aku rasa badan dah mengembang. Baju uniform aku tempah tahun lepas dah takleh muat lagi. Dengan ketinggian tak seberapa, berat badan aku mula-mula berdiet lebih kurang 68kg. Aku mula mentelaah bacaan di internet dan mengamalkan resepi yang ada dalam internet. Aku start hujung April 2010 dan kini hampir 2 bulan lebih. Alhamdulillah, kini berat badan dah capai 62kg. Sepatutnya aku dah tamat program diet ni, tapi memandangkan 2 minggu cuti sekolah yang padat dengan kenduri kawin aku slowkan rejim diet aku. Aku dalam proses turunkan lagi sehingga mencapai 60kg dan nak mantain di situ. Antara perkara yang aku amal ialah:
10 hari - Makan semua berprotein sahaja. Tak makan nasi langsung. Terpaksa gi Giant beli susu low fat, telur, fish fillet, marinated chicken grill, dll. Minum teh hijau O tanpa gula. Cola light or pepsi max. Cycling 20 minit or walking je.
10 hari lagi - Makan sayur + protein.
Nak tahu lagi bacala dalam link yang aku dah buat kat atas tu. Insyallah, tak susah pun. Sedap lagi ada. Gambar terbaru insyallah aku upload kemudian.
Kesimpulan: 1 kg/1 minggu.

0 comments: