PERBEZAAN NISVIA - GULA.

PERBEZAAN NISVIA - GULA.
 
NISVIA.
  1. Sifar kalori lemak, karbohidrat serta toksid.
  2. 100% ekstrak semulajadi yang dihasilkan daunnya boleh mengantikan gula.
  3. Mengawal keseimbangan tahap gula di dalam badan.
  4. Rasa manisnya 100-200 kali ganda dari gula tebu.
  5. Hanya perlu mengunakannya dengan kuantiti yang sedikit,
  6. Boleh berjimat.
  7. Pengambilan berlebihan tidak mengancam kesihatan.
GULA.
  1. Zat kosong semata-mata sukrosa
  2. Tidak mengandungi nutrein penting seperti vitamin B, enzim-enzim & hanya mengandungi garam galian pada kadar yang sangat rendah.
  3. Melepaskan glukosa dengan pantas.
  4. Kadar yang berlebihan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berbahaya yang boleh mengancam kesihatan. 

APA ITU NISVIA?

FAKTA RINGKAS NISVIA.
 
APA ITU NISVIA?
"Ia dikatakan boleh mengantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi"
  • Produk yang berasaskan dari sejenis daun yang digelar stevia, sebagai pemanis daripada spesis rebaudiana.
  • Stevia merupakan salah satu 240 spesis herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea).
  • Stevia bukan sahaja pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh mengantikan gula.
 
SEJARAH NISVIA.
  • Daun stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.
  • Ia mula digunakan di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu.
  • Orang Indian Guarani (kaum pribumu Paraguay) telah mengenali kelebihan dan keunikan "KAA he-he" (istilah asli yang diterjemahkan sebagai "ramuan manis") berabad-abad sebelum penjajah-penjajah dari dunia lama (Eropah) datang meneroka benua Latin Amerika (Dunia Baru) kerana mencari harta dan kekayaan baru.
  • Di Eropah kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke 16 dan ia kemudian dibawa ke Asia.
 
KANDUNGAN NISVIA.
Sejenis daun yang dipanggil stevia yang membiak tumbuh kebanyakkannya melalui keratan batang dan terbukti sebagai alternatif pengganti gula yang memberikan pelbagai khasiat.
  • Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu, boleh membesar setinggi 1 meter.
  • Stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis adalah daripada spesis "rebaudiana".
  • 100% ekstrak semulajadi.
Berkesan apabila larut didalam air dengan hanya masa 1 minit dan penggunaan yang berterusan sehingga dapat merasai khasiat-khasiat yang diberikan.
 
KELEBIHAN NISVIA.
Satu-satunya alternatif kepada penganti gula dan penjagaan kesihatan badan
  • Menurunkan kadar gula dalam darah.
  • Melawaskan kencing dan sistem perkumuhan.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Membunuh bakteria.
  • Membunuh kulat.
  • Membunuh Virus.
  • Mengurangkan keradangan.
  • Mengurangkan berat badan.
  • Merawat luka terbakar.
  • Mengelakkan masalah diabetes.

N I S V I A - 100% Ekstrak Stevia Asli

      



"Ramai orang takut makan dan
minum yang manis dari GULA
TEBU.

Kini " NISVIA" dapat 
menyelesaikan masalah anda
"ANDA LEBIH
SIHAT DENGAN NISVIA."      
APA ITU NISVIA?
"Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi" 
  • Produk yang berasaskan dari sejenis daun yang digelar stevia, sebagai pemanis daripada spesis rebaudiana.
  • Stevia merupakan salah satu 240 spesis herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea).
  • Stevia bukan sahaja pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh mengantikan gula.

Berkesan apabila larut di dalam
AIR dengan hanya
masa 1 MINIT 
dan pengunaan yang
berterusan sehingga
DAPAT MERASAI
KHASIAT-KHASIAT
yang diberikan.
KANDUNGAN NISVIA.
 
 Sejenis daun yang dipanggil Stevia yang tidak membiak tumbuh. Kebanyakkannya melalui keratan batang dan terbukti sebagai alternatif pengganti gula yang memberikan pelbagai khasiat.
  • Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu, boleh membesar setinggi 1 meter.
  • Stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis adalah daripada spesis "rebaudiana".
  • 100% ekstrak semulajadi.
DAUN STEVIA berasal
daripada kawasan tropika
dan sub-tropika di  Amerika Selatan dan
Amerika Tengah.
Ada yang menyatakan ia
berasal dari PARAGUAY . 
KELEBIHAN  NISVIA .
Satu-satunya alternatif kepada pengganti gula dan penjagaan kesihatan badan
  • Menurunkan kadar gula dalam darah.
  • Melawaskan kencing dan sistem perkumuhan.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Membunuh Bakteria.
  • Membunuh kulat.
  • Membunuh virus.
  • Mengurangkan keradangan.
  • Mengurangkan berat badan.
  • Merawat luka terbakar.
  • Mengelakkan masalah diabetes.

Arnab Mix Angora + Lion Head untuk dijual bulan Ogos

Umur: 1 1/2 bulan. Betina. Warna: Tri-color.
Harga:RM 50.00.






Umur: 1 1/2 bulan. Jantan. Warna: Hitam + Putih.
Harga:RM 50.00.






Umur: 1 1/2 bulan. Jantan. Warna: Putih + Telinga Hitam dan bercelak.Harga:RM 50.00. Booked.






Umur: 1 1/2 bulan. Betina. Warna: Putih + Telinga hitam dan bercelak. Harga:RM 50.00.






Sesiapa yang berminat sila SMS PakAnjang 013-9363069. Jika beli sepasang harga RM 90.00.

Kelahiran ke-2 bulan Ogos

Awal pagi tadi sebelum pergi kerja biasalah menjadi rutin harian beri makan pada semua arnab2 dan kucing2. Apabila buka cage yang ke 5 ternampak 5 ekor anak arnab kesejukan. Rupanya Siibu arnab telah beranak 5 ekor di luar kotak malam tadi. Mungkin kotak yang aku letak petang semalam belum sempat dibuat sarang dan terberanak kat luar kotak. Ini kelahiran ke-2 bulan ini. Dua tiga hari lagi akan menyusul Sijelita bakal beranak buat kali pertama, SiMakNing buat kali ke-3. Dah penuh semua cage2 yang ada. Kekawan beria cakap nak anak2 arnab tapi tak mari2 jugak. Masalah populasi ni senang aje nak selesai kita kasi jual semua anak2, habis cerita.
5 ekor arnab yang baru dipungut dari luar kotak sarang.







Ni pulak gambar 7 ekor anak arnab yang lahir minggu lepas. Alhamdulillah semua sihat.

Kelahiran bulan Ogos

Akhirnya MakTua beranak jugak. Pelik sangat kerana kali ni macam dia mengandung 2 bulan. Sepatutnya due date of birth sama dengan ibu2 arnab yg lain. Anak-anak arnab lain dah kena jual pun. MakTua mencatat rekod kerana telah beranak 7 ekor semalam. Setakat ni paling banyak 5 ekor. Adakah sebab banyak anak menyebabkan due date of birth dia lari daripada sepatutnya? Ada yang boleh tolong jawab? Dua ekor agak kecil dari yang lain. Kena manual feeding dan mintak MakUtih tolong jadi ibu susuan. Moga-moga sihat semuanya.. Malam ni kena manual feeding, sebab petang tadi anak arnab 2 ekor tu ngantuk dan malas menyusu.

Mix Angora For sale.

11 ekor anak Mix Angora berusia 1 bln - 2 bln untuk dijual. Kepada yang berada di sekitar Kuantan dan berminat memiliki si comel-si comel ni boleh hubungi Pak Anjang(0139363069). Harga RM 50 seekor je.




Warna :Brownish + Gray
Usia : 2 bulan
Sex :Jantan
RM 50.00 SOLD










Warna :Brown + White (Bercelak)
Usia : 2 bulan
Sex :Jantan
RM 50.00SOLD










Warna :Brown-yellowish
Usia : 2 bulan
Sex :Jantan
RM 50.00SOLD











Warna :White (Bercelak coklat)
Usia : 2 bulan
Sex :Jantan
RM 50.00SOLD









Warna :Brownish gray
Usia : 2 bulan
Sex :Betina
Not For sale











Warna :Brown-yellowish
Usia : 2 bulan
Sex :Jantan
RM 50.00SOLD

Diet Dukan: 1 kg more to reach target 60kg

Insyallah sebelum bulan ramadhan tahun ni, berat aku lebih kurang 60 kg - 58 kg. Kalau aku amalkan lagi dalam bulan puasa ni boleh capai 55kg. Last friday buat kali pertama selepas 6 tahun aku boleh pakai balik baju melayu putih yang aku tempah masa bernikah dulu. Apa yang penting motivasi tinggi untuk berubah. Setkan objektif yang realistik sebelum mulakan diet supaya boleh memotivasikan diri.

Aku hanya guru biasa...

Dah lama aku tak singgah blog-blog rakan2, anak2 didik apatah lagi blog berkaitan politik.  last night aku baru je settle masalah web site sekolah SMK Seri Mahkota  dan singgah satu link x-student yang sedang belajar di University of Manchester.  N3 sempena Hari Guru bertajuk My Best Murrabbi ever yang telah 2 bulan berlalu telah dikhususkan untuk aku tanda ingat beliau kepada gurunya. Rasa kesal dan bersalah kerana baru kini aku membacanya. Harap beliau faham kesibukan aku di sekolah. 

Demi Allah, tugas mendidik merupakan keutamaan dalam hidupku. Aku akan pastikan, aku adalah guru seumur hidup bagi anak-anak muridku. Aku hanya guru biasa bagi anak-anak didikku yang luar biasa kemampuannya.  

Dukan Diet: Hampir 2 bulan + seminggu aku berdiet.

Aku nak cerita sikit program diet yang aku rasa paling berjaya dan tidak perlu aku berlapar. Ia bermula daripada cerita dalam newspaper pasal JLo amal Dukan Diet. Aku terus geledah info dalam internet memandangkan aku rasa badan dah mengembang. Baju uniform aku tempah tahun lepas dah takleh muat lagi. Dengan ketinggian tak seberapa, berat badan aku mula-mula berdiet lebih kurang 68kg. Aku mula mentelaah bacaan di internet dan mengamalkan resepi yang ada dalam internet. Aku start hujung April 2010 dan kini hampir 2 bulan lebih. Alhamdulillah, kini berat badan dah capai 62kg. Sepatutnya aku dah tamat program diet ni, tapi memandangkan 2 minggu cuti sekolah yang padat dengan kenduri kawin aku slowkan rejim diet aku. Aku dalam proses turunkan lagi sehingga mencapai 60kg dan nak mantain di situ. Antara perkara yang aku amal ialah:
10 hari - Makan semua berprotein sahaja. Tak makan nasi langsung. Terpaksa gi Giant beli susu low fat, telur, fish fillet, marinated chicken grill, dll. Minum teh hijau O tanpa gula. Cola light or pepsi max. Cycling 20 minit or walking je.
10 hari lagi - Makan sayur + protein.
Nak tahu lagi bacala dalam link yang aku dah buat kat atas tu. Insyallah, tak susah pun. Sedap lagi ada. Gambar terbaru insyallah aku upload kemudian.
Kesimpulan: 1 kg/1 minggu.

Si kecil hilang seekor...

Semalam lepas balik dari sekolah terus tuju ke reban di backyard. Macam ada bau bangkai tapi aku cari tak jumpa. Hati dah tak sedap.. terus gi check anak-anak arnab yang baru lahir. Anak Makning cukup 3 ekor tapi anak MakTimah tinggal 3 ekor. Mana lagi sekor??? Pening! Sampai hari ni aku dok pikir siapa punya angkara. Terus aku repair kawat dan tambah double layer. Siap sebelum azan maghrib. Hilang jugak lepas ni tak tahu la.. Tak mungkin si ibunya makan. Sedih2... Yang cute pulak tu hilang.

Kelahiran ke-2 bulan Jun 2010

Semalam Si ibu ke-2 lahirkan anak.MakNing beranak buat kali ke-2. Cuma 3 ekor saje. Sementara anak-anak MakTimah dah masuk hari ke-5. Alhamdulillah semua sihat tanpa perlu manual feeding seperti sebelumnya.

Anak-anak MakNing dalam kotak kayu. Usia 2 hari.
Yang bawah ni pula anak-anak MakTimah. Mata bercelak macam si Abah.

Dari pengalaman aku tentang kelahiran anak arnab

MakTimah telah beranak 4 ekor petang Sabtu baru-baru ni di dalam kotak kayu yang aku bina hasil belajar daripada blog Arnab Kuit Comel. Memang bagus rekaan kotak kayu ni, cuba di bahagian bawah perlu sikit ubahsuai mengikut keadaan sangkar/rebah. Aku pantau anak arnab selepas 24 jam kelahiran, mana tahu MakTimah tak pandai menyusukan anak2 dia. "Jangan yakin sangat siibu tu pandai susukan anaknya". Daripada 4 ekor, 1 ekor nampak kecil daripada yg lain. Perut pun kempis. Akhirnya, terpaksa aku manual feeding semalam.
Aku monitor semula petang tadi lepas balik sekolah. Alhamdulillah, semua kembung belaka dan nampak perut memutih, tanda kekenyangan. Biasanya, ikut pengalaman aku minggu pertama kelahiran adalah masa yang kritikal. Kematian anak arnab biasa terjadi, lebih2 lagi jita tidak dipantau selepas 1-2 hari kelahiran. Masuk minggu kedua dan ketiga kadar kematian biasanya menurun dan biasanya anak2 arnab membesar dgn sihat.
Bulu-bulu pun dah tumbuh dan dah nampak warna anak2anak arnab. 2 ekor ikut ibu dia, 2 ekor lagi ikut siAbah. Pic aku upload esok la, tak sempat nak ukur tadi.
Si ibu aku tambahkan sikit makanannya selain palet Bengy dan alfalfa aku beri juga seketul keledek setiap hari untuk tambah susu sebab semalam masa manual feeding aku nampak sikit sgt susu yang ada. OK esok aku cerita lagi pasal anak dan si ibu. Mungkin esok MakNing pun akan beranak sebab dah seminggu galak buat sarang.

Arnab-arnab terkini dalam peliharaan (Jun 2010)

Induk Jantan: Si Abah
Baka: Angora (Kata tokey kedai jln Makbar)
Catatan: Hari ni dia dah jadi abah pada anak2 Mak Timah.





Induk Betina: Mak Tua
Baka: Mix Lion head + tempatan
Catatan :Ibu kepada MakNing dan MakTimah. 6 kali dah beranak.






Induk betina: MakNing
Baka: Kampung
Catatan: Dalam proses buat sarang. 2 hari beranak la tu.







Induk Betina: MakTimah
Baka: Local
Catatan: 2 kali beranak termasuk petang tadi.







Gambar anak2 dia lepas dilahirkan petang tadi. 4 ekor semuanya. Harap2 pandai la dia menyusukan anak dia.







Induk Betina: MakUtih
Baka: Tak pasti. Bulu panjang.
Catatan: Paling ganas. Tak suka bersosial.






Induk Betina: SiJelita
Baka: Mix Lion Head. (Kata tokey kedai la) sebenarnya aku pun tak tahu. Nampak cute je.. apa lagi aku beli la.
Catatan: umur 2 bulan ++





















Koleksi terbaru aku. Sepasang. Baka Lion head? Angora? Taddy? aku tak pasti. yang pasti sangat cute. Sesuai untuk dijadikan baka.

Si kecik baru aku beli. Baka Lion head kata tokey kedai pet. Aku tak arif lagi tentang baka2 arnab. Ada sesiapa boleh tolong ajar aku tentang baka?

Pengalaman awal pelihara arnab@kelinci@rabbit@bunny

First Posting aku yang sebenarnya malas nak berblog.
Assalamualaikum w.b.t.
Aku mulakan dengan pengalaman pelihara haiwan comel ni.
Pengalaman awal aku pelihara arnab sangat mencabar dan amat sukar, tidak seperti pelihara kucing. Beli baru seminggu lebih, arnab kena penyakit cirit birit dan temui ajal. Macam-macam penyakit yang aku tak tahu punca memandangkan aku baru nak belajar pelihara arnab. Yang mati mengejut pun ada. Sehinggakan ada yang cakap aku tak serasi bela haiwan kecil ni. Aku langsung tak percaya pandangan kawan2. Macam-macam perkara aku kena tahu tentang perangai dan masalah arnab. Aku nak ucapkan terima kasih byk2 kepada bloger2 yang banyak beri info pada aku. Kini dah 2 tahun lebih aku pelihara arnab. Dari hanya sekadar hobi masa lapang di waktu petang kini aku nak beralih kepada ternakan kecil-kecilan. Apa boleh buat.. hajat dihati nak ternak lembu dan kerbau.. Ternak arnab pun OK jugak. Nasib baik isteri dan anak-anak aku sukakan arnab ni. (Sebenarnya isteri aku tu terpaksa ikut je apa yang aku buat). Ok jumpa lagi.