Awal pagi tadi sebelum pergi kerja biasalah menjadi rutin harian beri makan pada semua arnab2 dan kucing2. Apabila buka cage yang ke 5 ternampak 5 ekor anak arnab kesejukan. Rupanya Siibu arnab telah beranak 5 ekor di luar kotak malam tadi. Mungkin kotak yang aku letak petang semalam belum sempat dibuat sarang dan terberanak kat luar kotak. Ini kelahiran ke-2 bulan ini. Dua tiga hari lagi akan menyusul Sijelita bakal beranak buat kali pertama, SiMakNing buat kali ke-3. Dah penuh semua cage2 yang ada. Kekawan beria cakap nak anak2 arnab tapi tak mari2 jugak. Masalah populasi ni senang aje nak selesai kita kasi jual semua anak2, habis cerita.5 ekor arnab yang baru dipungut dari luar kotak sarang.
Ni pulak gambar 7 ekor anak arnab yang lahir minggu lepas. Alhamdulillah semua sihat.
HAMBAMU REDHO
7 years ago
0 comments:
Post a Comment